RSS
Komuniti Gabungan Anak-Anak Gayong SeMalaysia

Wednesday, April 22, 2009

SRI DEWI CINTA

Karya:Puteri Mahsuri


Anakku
Sri Dewi Cinta
ibu ingin kau cemerlang dalam hidupmu
dan ibu ingin melihat kau bahagia
bagaikan pintu syurga sentiasa dibuka untukmu.

Anakku
Sri Dewi Cinta
janganlah kau lupa tuhanmu
janganlah kau lupa rasulmu
janganlah kau lupa ibu, ayah dan keluargamu
dan janganlah kau lupa guru-gurumu.

Anakku
Sri Dewi Cinta
ingatlah tuhanmu yang telah menciptamu
ingatlah rasulmu yang memberi safaat kepadamu
ingatlah ibu, ayah dan keluarga yang pernah merawatmu
dan ingatlah gurumu yang pernah mendidikmu.

Anakku
Sri Dewi Cinta
jadilah orang yang beriman
jadilah orang yang suka beribadat
jadilah orang yang suka bersedekah
jadilah orang yang suka memaafkan
bagaikan nabi memaafkan umatnya.

Tuesday, April 21, 2009

Baju Hitam



Nampak tak, saya dan kakak Puteri memakai baju berwarna hitam. Sebenarnya foto ini dirakam oleh ibu selepas kami balik dari latihan silat di SMK Mutiara. Dan yang kecil itu ialah adik saya yang bongsu Nurwathiqah Masturah. InsyaAllah jika ada masa, nanti saya cerita pula tentang persatuan silat di sekolah saya.

Puisi Buat Ibu

KARYA: PUTERI MAHSURI

Ibu
aku telah banyak melakukan dosa
aku telah banyak menyusahkan ibu
dan aku telah membuat hatimu terluka

Ibu
Aku ingin ibu bahagia
Aku ingin mengubah sikapku
Aku ingin ibu membantuku
Dan aku ingin ibu tersenyum selalu

Ibu
Ampunilah segala silap lakuku
Ampunilah segala silap kataku
Dan ampunilah segala dosa-dosaku

Ibu yang ku cintai
Ketahuilah olehmu
Aku hanya mampu berpuisi
Namun sukar untukku mengertikan secara realiti.

About this blog

Salam Ukhuwah

Saya NURZAFIRAH NADIRAH BINTI ABBAS atau nama pena saya PUTERI MAHSURI. Sebenarnya ada cerita disebalik nama Puteri Mahsuri tersebut. Mengikut cerita ibu, saya dilahirkan di rumah BKM 0290, Jln Mohd Salleh, Kampung Bukit Kalam WP Labuan. Sewaktu ibu mengandungkan saya 8 bulan lebih, pada masa itu, ibu terkena demam campak yang agak teruk juga. Selepas 3 hari ibu terkena demam campak, tiba-tiba ibu merasa sakit hendak bersalin. Dan akhirnya ibu selamat melahirkan saya di rumah yang kami diami sekarang ini pada 4 Disember 1995, walaupun mengikut jangkaan doktor saya sepatutnya di lahirkan tanggal 28 Disember 1995. Ini bermakna saya lahir 24 hari lebih awal dari tarikh tersebut.

Atas nasihat doktor hospital, ibu diminta menghantar saya untuk dijaga di hospital sehingga demam campak ibu sembuh, kerana khuatir demam campak itu akan menular kepada saya pula. Oleh kerana saya masih menyusu dengan ibu, ibu tidak sampai hati menghantar saya ke hospital untuk dijaga di sana. Ibu mengambil keputusan untuk tidak menghantar saya ke hospital.

Pada masa itu bapa saudara saya baru balik dari Langkawi dan memberi ibu air dari telaga Mahsuri yang dibawanya. Ibu terus memandikan saya dengan air tersebut. Dari situlah nama Puteri Mahsuri itu ujud dan syukur alhamdulilah, demam campak ibu itu sedikit pun tidak menjangkit dengan saya. Amin…