RSS

Friday, June 12, 2009

PUISI BUAT AYAH

KARYA: PUTERI MAHSURI


Ayah
tiada kata indah untukmu
melainkan lafaz aku sayang padamu
tapi aku takut
takut melihat pandangan matamu
takut melihat wajah seriusmu
namun
aku dapat melihat akan kesedihanmu
sedih melihat kerenah anak-anakmu
sedih melihat perjalanan hidupmu.

Ayah
kau sentiasa di hatiku
pesananmu sentiasa di mindaku
nasihatmu sentiasa di jiwaku
amanahmu sentiasa di hati putihku.

Ayah
kaulah idolaku
kaulah yang satu
dan tak mungkin bertukar ganti.

.

About this blog

Salam Ukhuwah

Saya NURZAFIRAH NADIRAH BINTI ABBAS atau nama pena saya PUTERI MAHSURI. Sebenarnya ada cerita disebalik nama Puteri Mahsuri tersebut. Mengikut cerita ibu, saya dilahirkan di rumah BKM 0290, Jln Mohd Salleh, Kampung Bukit Kalam WP Labuan. Sewaktu ibu mengandungkan saya 8 bulan lebih, pada masa itu, ibu terkena demam campak yang agak teruk juga. Selepas 3 hari ibu terkena demam campak, tiba-tiba ibu merasa sakit hendak bersalin. Dan akhirnya ibu selamat melahirkan saya di rumah yang kami diami sekarang ini pada 4 Disember 1995, walaupun mengikut jangkaan doktor saya sepatutnya di lahirkan tanggal 28 Disember 1995. Ini bermakna saya lahir 24 hari lebih awal dari tarikh tersebut.

Atas nasihat doktor hospital, ibu diminta menghantar saya untuk dijaga di hospital sehingga demam campak ibu sembuh, kerana khuatir demam campak itu akan menular kepada saya pula. Oleh kerana saya masih menyusu dengan ibu, ibu tidak sampai hati menghantar saya ke hospital untuk dijaga di sana. Ibu mengambil keputusan untuk tidak menghantar saya ke hospital.

Pada masa itu bapa saudara saya baru balik dari Langkawi dan memberi ibu air dari telaga Mahsuri yang dibawanya. Ibu terus memandikan saya dengan air tersebut. Dari situlah nama Puteri Mahsuri itu ujud dan syukur alhamdulilah, demam campak ibu itu sedikit pun tidak menjangkit dengan saya. Amin…