RSS

Friday, January 22, 2010

Lambang Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia (PSSGM)



Inilah lambang silat kami.

Saturday, January 16, 2010

Dapat Gambar Ayahanda


Baru-baru ni saya beli buku mastika yang ada gambar ayahanda saya...
itulah satu-satunya gambar ayahanda yang saya ada....
yang gambar lagi satu tu saya dapat dari internet...
disini saja nak ucapkan terima kasih kepada penulis mastika kerana memasukkan serba sedikit cerita ayahanda...

Saturday, January 9, 2010

Mahu Ambil Bengkong (tahun lepas)


ni Encik Mohd Amin Hamzah ayah angkat saya...
sesiapa yang rajin tu tekan gambar ayahanda saya...


ni gambar saya sendiri time lepas latihan silat tahun lepas...


sebelum grading kami buka gelanggang dulu...

video video
ni time grading (untuk naik bengkong hijau)


Majlis pengambilan bengkong


ni persambahan silat



time pemberian bengkong...

About this blog

Salam Ukhuwah

Saya NURZAFIRAH NADIRAH BINTI ABBAS atau nama pena saya PUTERI MAHSURI. Sebenarnya ada cerita disebalik nama Puteri Mahsuri tersebut. Mengikut cerita ibu, saya dilahirkan di rumah BKM 0290, Jln Mohd Salleh, Kampung Bukit Kalam WP Labuan. Sewaktu ibu mengandungkan saya 8 bulan lebih, pada masa itu, ibu terkena demam campak yang agak teruk juga. Selepas 3 hari ibu terkena demam campak, tiba-tiba ibu merasa sakit hendak bersalin. Dan akhirnya ibu selamat melahirkan saya di rumah yang kami diami sekarang ini pada 4 Disember 1995, walaupun mengikut jangkaan doktor saya sepatutnya di lahirkan tanggal 28 Disember 1995. Ini bermakna saya lahir 24 hari lebih awal dari tarikh tersebut.

Atas nasihat doktor hospital, ibu diminta menghantar saya untuk dijaga di hospital sehingga demam campak ibu sembuh, kerana khuatir demam campak itu akan menular kepada saya pula. Oleh kerana saya masih menyusu dengan ibu, ibu tidak sampai hati menghantar saya ke hospital untuk dijaga di sana. Ibu mengambil keputusan untuk tidak menghantar saya ke hospital.

Pada masa itu bapa saudara saya baru balik dari Langkawi dan memberi ibu air dari telaga Mahsuri yang dibawanya. Ibu terus memandikan saya dengan air tersebut. Dari situlah nama Puteri Mahsuri itu ujud dan syukur alhamdulilah, demam campak ibu itu sedikit pun tidak menjangkit dengan saya. Amin…