RSS
Komuniti Gabungan Anak-Anak Gayong SeMalaysia

Wednesday, March 10, 2010

Masalah

Assalamualaikum,

saya minta maaf sangat2 jika blog saya kurang memuaskan...
blog ni ada masalah

Tuesday, March 9, 2010

Ujian Bulan Mac

Assalamualaikum,

minggu ni saya ada ujian bulan mac.
so, saya minta tolang kepada saudara atau saudari doakan mudah-mudahan saya dan para pejuang lulus dalam ujian bulan mac ni.

Amin...

Saturday, March 6, 2010

Alhamdulillah

Asslamualaikum,

Hihi...lama sudah saya tidak edit blog.

24/2/2010 adalah hari pertandingan sajak (program anti dadah) dan saya salah seorang peserta. fuh! berdebar rasanya sewaktu pertandingan (sebelum nombor giliran disebut) tapi,
alhamdulillah, tenang juga time mendeklamasikan sajak 'Masih Ada Waktu'.

Keputusannya diumumkan pada 1/3/2010

Tempat Pertama: Jackson (pustakawan)
Tempat Kedua : Nurzafirah Nadirah (pustakawan)
Tempat Ketiga : Nur Irdina (pustakawan)

Alhamdulillah, dapat juga nombor 2.

Kalau tahun lepas (tingkatan 2) saya kalah, tapi tahun ni saya menang.
Kalau time sekolah rendah (darjah 6) dapat nombor tiga, tapi time sekolah menengah (tingkatan 3) dapat nombor 2.

Akhir kata saya ucapkan tahniah kapada para pemenang. Kepada yang tidak dapat tempat, nanti tahun depan boleh cuba lagi.

Wassalam.

Gambar nanti saya masukkan dalam blog.

About this blog

Salam Ukhuwah

Saya NURZAFIRAH NADIRAH BINTI ABBAS atau nama pena saya PUTERI MAHSURI. Sebenarnya ada cerita disebalik nama Puteri Mahsuri tersebut. Mengikut cerita ibu, saya dilahirkan di rumah BKM 0290, Jln Mohd Salleh, Kampung Bukit Kalam WP Labuan. Sewaktu ibu mengandungkan saya 8 bulan lebih, pada masa itu, ibu terkena demam campak yang agak teruk juga. Selepas 3 hari ibu terkena demam campak, tiba-tiba ibu merasa sakit hendak bersalin. Dan akhirnya ibu selamat melahirkan saya di rumah yang kami diami sekarang ini pada 4 Disember 1995, walaupun mengikut jangkaan doktor saya sepatutnya di lahirkan tanggal 28 Disember 1995. Ini bermakna saya lahir 24 hari lebih awal dari tarikh tersebut.

Atas nasihat doktor hospital, ibu diminta menghantar saya untuk dijaga di hospital sehingga demam campak ibu sembuh, kerana khuatir demam campak itu akan menular kepada saya pula. Oleh kerana saya masih menyusu dengan ibu, ibu tidak sampai hati menghantar saya ke hospital untuk dijaga di sana. Ibu mengambil keputusan untuk tidak menghantar saya ke hospital.

Pada masa itu bapa saudara saya baru balik dari Langkawi dan memberi ibu air dari telaga Mahsuri yang dibawanya. Ibu terus memandikan saya dengan air tersebut. Dari situlah nama Puteri Mahsuri itu ujud dan syukur alhamdulilah, demam campak ibu itu sedikit pun tidak menjangkit dengan saya. Amin…